Sunday, 8 May 2016

الحكام

بالصبر والتقى نيل الأمل


الأمر ضروري فأين المفر


أبعد يا فتى نفسك عن الكسل


واستقم لربك الوحيد الغفار



dengan kesabaran dan ketakwaan tercapai cita-cita,

itu perkara yang penting maka kemanakah lagi jalan melarikan diri,

jauhkan dirimu wahai pemuda daripada kemalasan,

dan beristiqamahlah kepada tuhanmu yang Satu dan Pengampun





Bilamana seseorang ada akal fikiran .. dalam semua perkara baginya pengajaran
Kalau (kemewahan) dunia diperolehi dengan kecerdikan semata-mata .. dan juga akan, sudah tentu akan menduduki pangkat teratas
Tapi rezeki itu adalah pembahagian dan nasib .. kurnian Tuhan dan bukan kerana usaha orang yang mendapatnya



Ilmu adalah sebaik apa yang dicapai tangan... begitu besar tangan (jasa) guru ku ke atasku. 
Nyawaku taruhan bagi guruku, kerana dialah jernihnya kehidupanku.
Dialah merawatku daripada penyakit jahil... yang tiada dapat dilakukan oleh doktor yang agong.
Ilmu ibarat rumah dan guru umpama tangga.. dari mana lagi ingin ke rumah kalau tidak melalui tangganya ?
Maka ketahuilah hak seorang guru kerana dengan bantuannya dikau mengenali kebenaran ketika remaja.
Ilmu itu kalau engkau insafi, engkau tiada dapat menyamakannya dengan barangan dunia yang hilang dan lesap.
















No comments:

Post a Comment